back.

29 december 2012

tarikh akhir aku post disini.
dan sepanjang duabelas hingga jun ini,pelbagai aku lalui

tentang sebuah hal yang berharga.
tentang sebuah mutiara
tentang sebuah harapan dan tuntutan yang sering tersia


sukahati

antara details mahupun terperinci
tak perlu kerutkan dahi.
sebab ku tahu
kau takkan pernah nak peduli.


singgah dan pergi la kapan-kapan.
ikut kaki.ikut hati.

peringat

malam buat lahanat
malam dan keparat.
bau-bau nafas sampah.titis-titis peluh nanah.
malam itu kelam dan direjam.

aku,sempat pulang.

permulaan

kepada kamu yang selalu
bikin aku bercelaru.
kapan-kapan pun aku masih
mahu kan kamu.

aku

yang kalah - mengalah
yang tewas - tumpas
yang lemah - lelah
yang sepi - mati





kau pergi.

dulu nya kita pernah sama bermesra.
menangis.ketawa.makan.cerita.hati.


bersatu.


 berkongsi.

dan tatkala melihat semua berlalu pergi,
kebahagiaan di sisi tidak bersama lagi.
buat kan aku terpejam

dan

menitis.tanpa henti.sendiri.

malam.


"Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman"


bulan yang main suram.
bintang yang mula malap menghilang.
hati mula terbayang.
wajah kau seorang sayang.
andai dapat aku tatap sesaat secara kelam,
pasti aku dakap diri mu sedalam dalam.


agar kekal dan tak kan hilang.

salam aidilfitri buat semua. maaf zahir dan batin.


yang dulu

punyai satu kekuatan.
yang kumpul dari sebutir peluh kemenangan

yang lama nya mula terurai satu persatu
di lepas kan jauh sedalam dalam larangan rindu
di rembes dari mata menjadi isi yang terpilu.
di kumpul gumpal dan pungut semula.
lalu berkumpul menjadi satu.

remuk.
menjadi seperti dulu.

bebas

pagi ini tidur aku di ganggu pekikan seseorang.
yang terjerit terlolong mohon dilepaskan.
dan aku menolong leraikan kelemasan satu persatu
sejurus itu aku sedar bangun dengan linangan air mata.


hey!
lupa aku punyai teman maya.
Salam Ramadhan semua.

akhirnya.

aku menghitung tiap detik berlalu
dengan secebis senyuman terpaku.

yang bisa buat aku bahagia.
yang mampu buat kau berfikir semula.

hai julai.

juli tiba.
aku sangat tak sabar untuk bebas dari neraka dunia.
dan sangat asyik menghitung sisa masa yang ada.

tanpa restu,
tanpa doa,
tanpa sesiapa,

juli itu aku tetap akan lalui sendiri.

aku ok saja.

Salahkan aku untuk
semua kata dusta yang kau dengar
dari mulut si durjana.
salahkan aku untuk
semua kata hina yang keluar dari manusia neraka.

Sedar,
aku bukan sesiapa.

Published with Blogger-droid v2.0.6

soalnya

pertanyaan-pertanyaan rawan
terusan serap dalam diri hari demi hari.
dan sungguh,
membuatkan aku galau untuk hidup lagi.


hentikan,mohon.

kotak hati

"terang-terang,
bersama rasa sayang,
ku biarkan kau terbang.


terang-terang,
sudut kecilku isi,
untuk senyuman mu lagi "


terima kasih :)

persoalan.

terkadang,

aku selalu memikirkan apa kemahuan kau.
kita sama sama bawa haluan berbeza.
dunia kau dengan dia dunia aku masih sepi sama.
tapi aku hairan,

bila mana kau merungut aku tak cari kau.
bila mana kau merungut atas kecemburuan kau.
bila mana kau memerlukan sesuatu dan aku tak perolehi buat kau.

kenapa?
sama ada kau main-main perasaan aku.atau
sama ada kau benar-benar masih sayang pada aku.

mati.

malam tadi,
satu pertempuran berlaku.
pertumpahan darah mengilu.
menyayat hati,terluah dengan berapi.

pantangnya aku pabila
soalan di jawab dengan pertanyaan semula.
bagai manusia ada hati tapi tidak di isi.
dan sumpah apa terjadi timbul atas silap diri sendiri.



aku tak suka orang yg menunding jari tapi tak lihat pada diri.
sial.

pilihan.

Tuhan bagi banyak cara
untuk dapatkan pahala.

tapi,
kau pilih untuk buat dosa
sepenuh masa sepanjang usia.
tak takot kena seksa?


baik lah.

benar.

ia nya sama seperti mimpi
yang ku harapkan dapat menemani 
malam-malam sepi ku.

dan kini,
menjadi realiti yang pasti.

talam.

kata,apa saja silapku padamu.
di hadapan kau berdusta,di belakang kau jadi nyata.
kata,apa saja kau tidak suka pada diriku.
hari ini kita gembira,hari ini juga kita saling menghina.

tidak lama.

"ah sudah la.apa saja yang aku lakukan semua salah.
semua di perbodohkan.
semua di banding kan.
semua jadi tak kena.
walhal aku yang banyak kerah tenaga,
aku habis kan masa muda macam tu saja,
bijaksana,harta,pengorbanan semua
dah aku berikan.apa lagi apa lagi .
kau terlalu manja kan mereka.terlalu."

lama aku pendam.hidup lebih 20 tahun di muka bumi dengan menjadi penurut cerita manusia dan kini sudah terlerai semua.satu persatu aku perludah kan.sedar,aku tetap hina walau berjuta kata kan suka.mereka membandingi aku dengan manusia yang bukan lawan hidupku,hingga benar-benar menggores perasaan yang aku ada.sikit demi sedikit rasa benci mula tercipta.lama aku menghasilkan nya,tapi tak berjaya.namun malam ini,semua terlaksana.sudah semua nya.



"kau nak pergi mana.dah malam ni" kata bonda.
"pergi mati "


ya,aku pergi dengan air mata dan hati terluka.
sungguh,aku terasa.